Social Icons

Kos Rawatan

Kadar bayaran dan kos rawatan perubatan bergantung kepada jenis penyakit dan kaedah rawatan. Bayaran hendaklah dibuat setiap kali menerima rawatan dari pengamal.

Pusat Rawatan Alternatif Islam & Komplementari Nismad mempamirkan senarai harga bagi setiap rawatan bersama kos ramuan asli.

Kami akan memastikan kepuasan pelanggan selepas menerima rawatan dari pusat ini dan diperakukan kos rawatan amat berpatutan. Kami sentiasa memberi keutamaan kepada pelanggan setiap masa.

Jangka masa rawatan setiap pelanggan bergantung kepada  jenis penyakit yang di alami, kadangkala rawatan mengambil masa sehingga 2 jam. Semasa rawatan di beri keluarga pesakit di kehendaki berada dengan pesakit didalam bilik rawatan. Ini untuk mengelakkan daripada salah tanggapan terhadap sesi rawatan yang di berikan.

Senarai rawatan dan kos yang di paparkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Malahan setiap kali rawatan kos lebih rendah dari paparan ini. Kami bukan sekadar berdoa tetapi merawat pesakit dan pelbagai penyakit dengan kaedah healing/islam dan bukan urutan.

Senarai penyakit tidak di paparkan sepenuhnya. Walaubagaimanapun kami merawat pelbagai penyakit kecuali patah/tulang atau jantung atau buah pinggang. Kami merawat dan bekalkan ubat kepada pelanggan.

Jika sekiranya penyakit yg dialami tidak tersenarai termasuk kos pelanggan boleh berhubung terus dengan pengamal di talian 019 2232762/012 8659444(24jam)

Pesakit wanita serta kanak-kanak dan pesakit bukan islam juga di rawat disini

Kami jua ada menyediakan perawat wanita setiap sabtu dan ahad.




Sabda Rasulullah saw : HENDAKLAH KAMU MEMBAYAR UPAH YANG BERPATUTAN KEPADA PEKERJA SEBELUM KERING PELUHNYA SELEPAS MEMBUAT SESUATU KERJA.

TIADA PENYAKIT YANG TIADA UBATNYA KECUALI MATI, KITA BERUSAHA ALLAH S.W.T YANG MENYEMBUHKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan